Laman web MASTI dalam proses kemaskini. Segala kesulitan sewaktu melayari laman web ini, amatlah dikesali.

Selamat Datang ke MASTI

info ringkas MASTI

27-Feb-2001

tahun penubuhan

20

persatuan pentadbir

anugerah pentadbir gemilang

00

hari hari

00

jam jam

00

minit minit

mengenai masti

Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia (MASTI) telah ditubuhkan pada 27 Februari 2001 di UPSI dimana idea penubuhannya terhasil melalui satu resolusi konvensyen yang dinamakan Resolusi Sintok yang telah diadakan di UUM pada tahun 2000.

Selepas 3 tahun penubuhannya, akhirnya MASTI telah dirasmikan penubuhannya pada 22 April 2004 oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Hassan Said, Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, KPT di UTM, Skudai. Ketika itu MASTI dikenali sebagai Majlis Bersama Pegawai Tadbir dan Ikhtisas IPTA.

MASTI adalah sebuah badan gabungan Pegawai-Pegawai Tadbir dan Ikhtisas yang diasaskan selepas beberapa perjumpaan melalui seminar dan konvensyen yang diadakan di beberapa IPTA ketika itu. Gabungan ini dibina dengan tujuan untuk menjadikan golongan pentadbir dan ikhtisas sebagai entiti yang penting dan berkesan dalam membina kecemerlangan IPTA. Ketika awal penubuhannya, MASTI hanya dianggotai kira-kira 10 IPTA yang aktif dan kini selepas MASTI berusia 14 tahun, keahlian MASTI telah meningkat kepada 18 UA secara rasminya.

Nama penuh MASTI seperti didalam perlembagaan adalah MAJLIS PERSATUAN PEGAWAI TADBIR DAN IKHTISAS INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM, MALAYSIA

© MASTI since 2001. All Rights Reserved.